Penggunaan teknologi dalam pendidikan pada era digital ini memainkan peranan penting untuk keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi dalam pendidikan mampu meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar. Kaedah pengajaran guru menjadi lebih canggih dengan penggunaan komputer, bahan elektronik, LCD, kamera digital dan lain-lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber (mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.
Kesimpulannya, teknologi pendidikan merupakan satu sistem yang merangkumi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.