Pengenalan
Myteach merupakan salah satu kaedah pengajaran yang menggunakan filem slaid. Myteach merupakan alat bantu mengajar yang sangat menarik kerana dengan menggunakan Myteach dalam pengajaran dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Myteach mempunyai gambar- gambar menarik yang bergerak serta mempunyai suara. Contohnya, jika guru menggunakan Myteach untuk mengajar cerpen, gambar-gambar yang ditayangkan ialah gambar-gambar berkaitan dengan jalan cerita cerpen. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk memahami sinopsis cerita memandangkan terdapat gambar-gambar yang berkaitan. Selain itu, terdapat juga suara yang membaca teks di setiap tayangan gambar. Hal ini menjadikan pelajar lebih tertarik dan dapat memahami pengajaran dengan baik. Selain itu, melalui tayangan teks di setiap gambar, guru dapat menerangkan maksud perkataan yang tidak difahami oleh pelajar dengan jelas.
Saya telah menggunakan MyTeach untuk mengajar cerpen yang bertajuk Oren kepada pelajar saya di tingkatan satu. Objektif pengajaran ialah pelajar dapat mengetahui sinopsis cerpen. Selain itu pelajar juga dapat menyatakan peristiwa penting yang terdapat dalam cerpen. Pelajar juga dapat menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut. Masa pengajaran yang diambil ialah selama 40 minit. Bilangan pelajar yang terdapat dalam kelas saya ialah seramai 49 orang pelajar. Aktiviti yang dijalankan ialah penayangan video cerpen Oren dan sesi soal jawab iaitu di mana guru menyoal maksud perkataan yang terdapat dalam tayangan video. Selepas tayangan video, pelajar menjawab soalan-soalan berkaitan dengan sinopsis cerita, watak dan perwatakan, nilai serta pengajaran yang terdapat dalam cerpen. Di akhir pengajaran, saya dapati pelajar mampu memahami jalan cerita cerpen dengan baik. Pelajar juga dapat menyatakan perwatakan watak utama serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
Penggunaan Myteach dalam PdPc
Pada awal pengajaran, saya telah menunjukkan gambar kucing kepada pelajar saya sebagai set induksi untuk merangsang mereka berfikir mengenai topik yang akan diajar pada hari tersebut. Memandangkan cerpen ini berkenaan seekor kucing yang bernama Oren, saya memilih gambar kucing untuk memberi idea kepada pelajar mengenai topik yang akan dipelajari.
Set Induksi
Selepas itu saya menayangkan slide MyTeach kepada pelajar. Keistimewaan slaid MyTeach ialah selain mempunyai gambar yang menarik, MyTeach juga mempunyai audio suara dan tulisan pada setiap slide. Hal ini memudahkan saya untuk mengajar pelajar saya dan menjadikan mereka lebih tertarik untuk memberikan tumpuan ketika sesi pengajaran berlangsung.
Contoh penggunaan MyTeach cerpen Oren yang diajar kepada pelajar tingkatan 1
Contoh slaid powerpoint Oren
Alat bantu mengajar (ABM) yang saya gunakan semasa mengajar cerpen ini ialah buku teks, komputer, filem slaid dan projektor LCD. Semasa penayangan slaid tersebut, pelajar perlu mengaris isi penting dalam buku teks (read and highlight). Hal ini untuk memastikan pelajar mengetahui isi penting yang terdapat dalam cerita Oren. Saya juga menggunakan slaid (Myteach-Oren) yang mempunyai gambar yang besar dalam PdPc. Saya juga mempelbagaikan gaya pengajaran saya untuk menarik minat pelajar saya mengikut kecerdasan yang berbeza. Penayangan slaid dapat menarik minat pelajar saya yang mempunyai kecerdasan visual- spartial. Suara yang dikeluarkan semasa penayangan slaid dapat menarik perhatian pelajar yang memiliki kecerdasan musical- rhythmic. Tulisan yang terdapat dalam slaid pula dapat menarik minat pelajar verbal-linguistic. Hal ini selaras dengan kehendak PAK21 yang menekankan kepada pelbagai teknik pengajaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Pelajar mengaris isi penting yang terdapat dalam buku teks.
Selain itu, saya juga memberi penerangan kepada pelajar selepas penayangan setiap slaid. Dengan bantuan gambar yang menarik, saya dapat menjelaskan kepada pelajar perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar. Hal ini memudahkan pelajar untuk memahami dan mengingati apa yang diajar. Seterusnya, saya juga ada bertanyakan maksud perkataan tertentu kepada pelajar untuk menguji penguasaan kosa kata mereka. Sehari sebelum saya mengajar topik ini kepada pelajar, saya telah memberi tugasan kepada pelajar untuk mencari maksud perkataan-perkataan tertentu supaya mereka mampu memahami apa yang diajar dengan baik.
Guru memberikan penerangan kepada pelajar
Pelajar menjawab soalan maksud perkataan
Selepas penayangan slaid tersebut, saya juga bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar secara rawak untuk memastikan pelajar memahami apa yang diajar. Melalui pemerhatian saya, pelajar mampu menjawab setiap soalan dengan baik. Hal ini membuktikan pelajar memahami pengajaran. Pelajar juga dapat memberitahu pengajaran dan nilai murni yang terdapat dalam cerpen tersebut. Hal ini bermakna pembelajaran pada hari tersebut berjaya kerana objektif pengajaran tercapai.
Pelajar ingin mencuba untuk menjawab soalan
Kelebihan

- Penggunaan Myteach telah membantu saya menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dengan lebih jelas dan sistematik.
- Selain itu, Myteach juga membantu pelajar saya memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam dan realistik. Melalui gambar-gambar yang ditayangkan, saya dapat menerangkan mengenai sesuatu perkara dengan lebih jelas. Hal ini demikian kerana apabila pelajar tidak memahami tentang sesuatu perkara, saya dapat menjelaskan tentang perkara tersebut dengan bantuan gambar yang terdapat dalam tayangan slaid filem tersebut. Hal ini akan meningkatkan pemahaman dan minat pelajar untuk belajar.
- Dengan pembelajaran yang biasa di mana guru mengajar sambil menulis di papan putih akan mengambil masa yang lama. Kegagalan menyampaikan isi pelajaran dengan jelas menyebabkan pelajar berasa bosan, kurang bersemangat dan menganggap subjek tersebut sukar. Justeru, penggunaan slaid filem Myteach ini dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu topik selain dapat menjimatkan masa. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Penggunaan slaid filem My Teach juga dapat membantu guru menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan.
- Pembelajaran menggunakan slaid filem Myteach dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya.
- Selain daripada itu, penggunaan animasi, visual dan bunyi akan dapat menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membantu murid untuk mengingati apa yang dipelajari pada hari tersebut.
- Di samping itu, adalah mudah untuk guru membuat pengulangan. Guru boleh mengulang bahagian-bahagian yang perlu diberi penekanan. Malahan dengan menggunakan bahan multimedia ini, guru bebas bergerak kemana-mana bahagian yang diperlukan. Penggunaan Myteach ini selaras dengan kehendak kerajaan yang menekankan PAK21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan
- Namun begitu, di samping kebaikan penggunaan Myteach terdapat juga kelemahannya. Pengajaran menggunakan Myteach mengambil masa yang lama. Hal ini demikian kerana semasa tayangan dari gambar ke gambar mungkin mengambil masa beberapa minit memandangkan guru perlu menerangkan secara mendalam tentang sesuatu perkara yang diajar di samping perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh pelajar jika mereka mempunyai kemusykilan. Hal ini akan mengambil masa yang lama berbanding kaedah penerangan secara lisan.
- Selain itu, terdapat juga tayangan gambar yang kurang sesuai dengan topik yang diajar. Contohnya, semasa mengajar cerpen kepada pelajar saya yang berbangsa Cina, terdapat beberapa gambar yang ditayangkan menimbulkan kekeliruan kepada pelajar saya. Oleh sebab itu, saya perlu menerangkan perkara tersebut dengan jelas kepada mereka.
- Seterusnya, tedapat juga beberapa perkataan yang digunakan dalam tayangan slaid sukar difahami oleh pelajar saya yang berbangsa Cina. Hal ini menyebabkan pelajar saya sukar memahami pengajaran. Kelemahan lain ialah, jika guru membaiki saiz tulisan yang terdapat dalam video tersebut kadang-kadang tulisan yang dibaiki itu tidak dapat dibaca oleh pelajar. Hal ini akan menyukarkan guru untuk membaiki tulisan atau isi kandungan yang terdapat dalam video.
Penambahbaikan
- Penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kelemahan dan melancarkan pengajaran guru ialah, sebelum mengajar sesuatu topik kepada pelajar menggunakan slaid filem Myteach ini, guru perlu membuat persediaan seperti mencari maksud perkataan yang sukar difahami oleh pelajar untuk memudahkan pengajaran.
- Selain itu, gambar-gambar yang ditayangkan juga perlu lebih sesuai dengan apa yang diajar supaya pelajar yang lemah mudah memahami apa yang diajar. Saiz tulisan juga perlu dibesarkan untuk memudahkan pelajar yang berada di bahagian paling belakang kelas dapat melihat dengan lebih jelas. Perkataan yang digunakan juga perlu lebih sesuai dengan semua tahap pelajar supaya pelajar yang lemah juga dapat memahami pengajaran dengan baik.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, penggunaan slaid filem Myteach sangat membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mudah memahami pengajaran berbanding penggunaan kaedah tradisional iaitu penggunaan papan putih dan pengajaran secara lisan. Proses pembelajaran juga menjadi lebih menyeronokkan serta mampu menarik minat pelajar untuk belajar cerpen. Ketika sesi soal jawab berlangsung, ramai pelajar yang ingin menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Hal ini bermakna, pelajar mampu mengikuti proses pembelajaran dengan baik.
cantiknya...................
ReplyDeletePnP yg menarik... boleh diaplikasikannya nnt
ReplyDeletecantiknya!!!
ReplyDeleteTerbaik!!!🤩
ReplyDeletePenggunaan teknologi sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
ReplyDeleteSistem pengajaran era baru yang moden, Syabas Cikgu!
ReplyDeleteMOHON SHARE
ReplyDelete